JAWATAN KOSONG KERAJAAN TERKINI 2015
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI ( LHDN )
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap di LHDN seluruh negara.
PEGAWAI EKSEKUTIF (PERAKAUNAN) GRED 41
GAJI : RM2,997.00 Hingga RM11,392.00KELAYAKAN MEMOHON
Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
ATAU
Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
DAN
Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
KELAYAKAN TAMBAHAN
* Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 23 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan.
* Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-kurangnya 2.70 dan ke atas bagi Ijazah Sarjana Muda yang berkenaan.
KRITERIA DIPERLUKAN
- Berdaya saing, cergas, berfikiran strategik, mempunyai minda analitikal, berupaya memacu keberhasilan, inovatif, kreatif dan fleksibel.
- Mempunyai semangat kerja berpasukan yang jitu serta berkemahiran tinggi dalam komunikasi melalui Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
CARA MEMOHON
Butiran Lanjut di
Sila kemukakan pertanyaan kepada UNIT PEMEROLEHAN BAKAT di talian:-
03-8313 8888 sambungan 22075, 20973, 20974, 20976, 20977, 20978, 20979, 20980 dan 20981
BIDANG TUGAS:
- Menyediakan Penyata Kewangan Tahunan LHDNM yang merupakan output utama Jabatan Kewangan.
- Menyediakan belanjawan tahunan LHDNM (pengurusan belanjawan, pemantauan serta kawalan peruntukan dan perbelanjaan) di peringkat Ibu Pejabat, Pejabat Pengarah Negeri atau Cawangan.
- Mengurus dan memantau projek-projek pembangunan LHDNM serta penilaian tender dan sebut harga (perolehan).
- Melaksanakan pengurusan strategik kewangan, pengurusan dana dan pelaburan serta pengurusan aliran tunai LHDNM.
- Menguruskan bayaran emolumen, perolehan dan pembekalan di peringkat Ibu pejabat, Pejabat Pengarah Negeri dan Cawangan.
- Merangka dasar-dasar kewangan dari segi pengurusan perbelanjaan, pembayaran perolehan, kompetensi pengurusan kewangan dan kawalan pematuhan.
- Menilai, merangka, menyediakan dan memantau keperluan dan operasi sistem perakaunan dan kewangan yang baik untuk pengoperasian Jabatan Kewangan.
- Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.
No comments:
Post a Comment