JAWATAN KOSONG KERAJAAN TERKINI 2015
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI ( LHDN )
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap di LHDN seluruh negara.
PEGAWAI EKSEKUTIF (PERUNDANGAN) GRED 41
GAJI : RM2,997.00 Hingga RM11,392.00KELAYAKAN MEMOHON
Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya;
ATAU
Lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination) dan diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya.
DAN
Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
KELAYAKAN TAMBAHAN* Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 23 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan.
* Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-kurangnya 2.70 dan ke atas bagi Ijazah Sarjana Muda yang berkenaan.
KRITERIA DIPERLUKAN
- Berdaya saing, cergas, berfikiran strategik, mempunyai minda analitikal, berupaya memacu keberhasilan, inovatif, kreatif dan fleksibel.
- Mempunyai semangat kerja berpasukan yang jitu serta berkemahiran tinggi dalam komunikasi melalui Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
CARA MEMOHON
Butiran Lanjut di
Sila kemukakan pertanyaan kepada UNIT PEMEROLEHAN BAKAT di talian:-
03-8313 8888 sambungan 22075, 20973, 20974, 20976, 20977, 20978, 20979, 20980 dan 20981
BIDANG TUGAS:
- Mengendalikan/membantu mengendalikan kes-kes pungutan cukai di peringkat pra-penghakiman termasuk kes-kes interlokutori sivil dan bicara penuh di peringkat Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi;
- Membantu dalam mengendalikan kes-kes yang melibatkan tindakan saman terhadap Kerajaan Malaysia dan LHDNM di peringkat Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi;
- Membantu pegawai atasan dalam mengendalikan semua kes rayuan dari Mahkamah Rendah ke Mahkamah Tinggi;
- Memberikan pendapat undang-undang berkaitan pelaksanaan penghakiman;
- Mengendalikan kes penggulungan syarikat, kebankrapan, saman penghutang penghakiman, writ penyitaan dan penjualan dan perintah larangan yang melibatkan pelaksanaan penghakiman di peringkat Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi;
- Membuat laporan kes-kes sivil yang dikendalikan di Mahkamah;
- Memfailkan jawapan petisyen rayuan ke Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan dan menyerahkan kepada Peguam/ Pembayar Cukai;
- Memfailkan Isu, Fakta dan Ikatan Dokumen Yang Dipersetujui ke Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP);
- Menyediakan Hujahan Balas Bertulis setelah semakan dan kajian dibuat ke atas peruntukan undang-undang dan kes-kes yang berkaitan;
- Menyediakan laporan penuh keputusan kes dan menyatakan hujahan pihak-pihak dan alasan ringkas yang telah diberikan oleh Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan; dan
- Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.
No comments:
Post a Comment