Jawatan Kosong Pegawai Eksekutif Pentadbiran, Gred 41 | LHDN - Kerja Kosong Sabah

Terkini

Sunday, November 1, 2015

Jawatan Kosong Pegawai Eksekutif Pentadbiran, Gred 41 | LHDN


JAWATAN KOSONG KERAJAAN TERKINI 2015
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI ( LHDN )
Tarikh Tutup : 15 November 2015

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap di LHDN seluruh negara.

PEGAWAI EKSEKUTIF (PENTADBIRAN) GRED 41

GAJI : RM2,997.00  Hingga  RM11,392.00

KELAYAKAN MEMOHON


Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; 

DAN

Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

KELAYAKAN TAMBAHAN

* Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 23 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan.

* Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-kurangnya 2.70 dan ke atas bagi Ijazah Sarjana Muda yang berkenaan.

KRITERIA DIPERLUKAN

  • Berdaya saing, cergas, berfikiran strategik, mempunyai minda analitikal, berupaya memacu keberhasilan, inovatif, kreatif dan fleksibel.
  • Mempunyai semangat kerja berpasukan yang jitu serta berkemahiran tinggi dalam komunikasi melalui Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

CARA MEMOHON



Butiran Lanjut di
CAREER | HASIL.GOV.MY
Sila kemukakan pertanyaan kepada UNIT PEMEROLEHAN BAKAT di talian:-
03-8313 8888 sambungan 22075, 20973, 20974, 20976, 20977, 20978, 20979, 20980 dan 20981



BIDANG TUGAS:

  • Mengurus dan melaksanakan semua perkara berkaitan pengurusan insan termasuklah hal-hal perkhidmatan seperti prestasi, latihan, disiplin, kemudahan, penempatan dan pertukaran pegawai.

  • Menguruskan hal-hal berkaitan peraturan, dasar dan pekeliling yang berkuatkuasa di LHDNM.

  • Melaksanakan urusan perolehan dan bayaran bekalan, perkhidmatan dan kerja, serta urusan pentadbiran kontrak/ perjanjian.

  • Menguruskan kerja-kerja berkaitan pengurusan aset dan stor.

  • Mengurus dan menyelaras hal-hal logistik, penjagaan fasiliti dan keselamatan.

  • Menguruskan hal ehwal perkhidmatan am seperti fail dan urusan mel.

  • Menguruskan pelaksanaan program dan majlis rasmi LHDNM termasuk urusan melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan, korporat, komuniti setempat serta agensi kerajaan lain.  

  • Menjadi setiausaha bagi mesyuarat yang berkaitan dengan pentadbiran.

  • Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.


No comments:

Post a Comment