Skim Sangkutan Dan Latihan (SSL) Lepasan Ijazah & Diploma - Sabah - Kerja Kosong Sabah

Terkini

Tuesday, November 10, 2015

Skim Sangkutan Dan Latihan (SSL) Lepasan Ijazah & Diploma - Sabah

SSL- SABAH
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berasal dari Sabah yang berkelayakan untuk menyertai Skim Sangkutan dan Latihan (SSL) bagi Graduan Siswazah/Diploma yang belum mendapat pekerjaan seperti berikut:-

(i) Graduan Siswazah
No. Notis : JPAN Bil. 9/2016
Penempatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan
Kerajaan Negeri Sabah
Elaun : RM1000.00 Sebulan
Tempoh Latihan : Lapan (8) bulan
* Tertakluk kepada prestasi semasa*

(ii) Diploma
No. Notis : JPAN Bil. (D)7/2016
Penempatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan
Kerajaan Negeri Sabah
Elaun : RM800.00 Sebulan
Tempoh Latihan : Lapan (8) bulan
* Tertakluk kepada prestasi semasa*

2. SYARAT KEMASUKAN
Pemohon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia (yang mana salah seorang ibu atau bapa berasal dari Sabah);
(b) Graduan dan pemegang Diploma yang belum mendapat pekerjaan;
(c) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusipengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Bagi Graduan Siswazah)
(d) Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Bagi pemegang Diploma)
dan
(e) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf dengannya serta Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

TARIKH TUTUP : Sebelum atau pada : 20 NOVEMBER 2015

CARA MEMOHON



CALON DIKEHENDAKI MEMOHON SECARA ONLINE / DALAM TALIAN



Permohonan yang diterima daripada calon-calon yang tidak memiliki kelayakan yang disyaratkan tidak akan dilayan dan ditolak. 


Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas 31 Disember 2015, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. 

Pihak Kerajaan Negeri tidak terikat untuk memberi pekerjaan tetap atau sementara kepada para peserta skim selepas menamatkan latihan.

Tarikh tutup permohonan adalah : 20 November 2015

Keputusan pemilihan calon SSL adalah muktamad.

1 comment: