Jawatan Kosong TLDM - Pegawai Kadet Graduan - Kerja Kosong Sabah

Terkini

Thursday, November 12, 2015

Jawatan Kosong TLDM - Pegawai Kadet Graduan

logo-tentera-laut-diraja-malaysia-tdlm1
JAWATAN KOSONG KERAJAAN NOVEMBER 2015
TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam PerkhidmatanTentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Graduan untuk menjalani latihan Pegawai Kadet Graduan di Kapal DiRaja Sultan Idris I (KDSI I).

PEGAWAI KADET GRADUAN

1. Jantina. Lelaki.
2. Umur. Tidak melebihi 27 tahun pada 31 Dis 2016.

3. Fizikal.
a. Tinggi Minimum:  1.62m.
b. Berat Minimum: 47.5kg.
c. Ukuran Dada Minimum: 76sm.
d. Body Mass Index (BMI): 18.0 hingga 23.0.

4. Taraf Kesihatan. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM dengan tahap Penglihatan yang baik tanpa kaca mata dan kanta lengkap.

5. Kelayakan Akademik:
a. Kelulusan Asas. Lulus SPM atau kelayakan setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik.
b. Kelulusan Pengajian Tinggi. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan memperolehi keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.70 ke atas di dalam jurusan yang diperlukan seperti berikut:

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
(a) Kejuruteraan Mekanikal.
(b) Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Marin/ Sistem Pembuatan/Material/Proses/Industri).
(c) Perakaunan
(d) Pengurusan Hotel dan Katering

6. Pengesahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kelulusan dari Institusi-institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan dan luar negara perlu mendapatkan pengesahan pengiktirafan akreditasi daripada Malaysian Qualification Agency (MQA) melalui laman sesawang JPA di www.jpa.gov.my manakala bagi calon kejuruteraan, kelulusan calon mestilah diiktiraf oleh Majlis Akreditasi Kejuruteraan (EAC).

7. Temuduga. Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menjalani pemilihan selama enam (6) hari di pusat pemilihan yang akan dimaklumkan.

8. Kriteria Pemilihan. Calon-calon akan disaring dan diuji melalui proses pemilihan berdasarkan Tapisan Keselamatan, Merit Kelayakan Akademik, Ujian Kepimpinan, Ujian Fizikal, Ujian Bertulis dan Penilaian Lembaga Pemilihan seperti yang telah ditetapkan oleh ATM. Keputusan pemilihan dan temuduga adalah muktamad.

CARA MEMOHON



Permohonan Secara Dalam Talian. Permohonan hendaklah dibuat melalui pautan Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2016 di Laman sesawang Portal ATM di

PERMOHONAN : PENGAMBILAN KADET GRADUAN 2015

Sebarang pertanyaan sila hubungi 03- 20712387 / 4524 / 2391 / 5120 / 4526 / 2391 dan 013-3189525.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 NOVEMBER 2015
Semakan Status Permohonan Pegawai Kadet Graduan
Semakan boleh dibuat melalui atas talian di alamat di bawah bermula 4 Disember 2015

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PEGAWAI KADET GRADUAN TLDM


Pelantikan.
Calon-calon yang berjaya terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Graduan untuk menjalani latihan ketenteraan di setiap Kolej Perkhidmatan.


Pentauliahan.
Pegawai Kadet Graduan yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam Latihan Ketenteraan dan TERPILIH akan dianugerahkan Tauliah Jangka Pendek dengan pangkat Leftenan Muda atau setaraf setelah diperkenankan oleh SPB Yang DiPertuan Agong.


Gaji, Elaun dan Kemudahan sebagai Pegawai.
Berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Pindaan Syarat-syarat Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia 2013 yang telah berkuatkuasa 1 Januari 2013.

No comments:

Post a Comment