Temuduga Terbuka | Karnival Pekerjaan & Mobile CTC Peringkat Daerah Kota Belud - Kerja Kosong Sabah

Terkini

Tuesday, January 16, 2018

Temuduga Terbuka | Karnival Pekerjaan & Mobile CTC Peringkat Daerah Kota Belud

Temuduga Terbuka akan diadakan sempena Karnival Pekerjaan dan Mobile CTC Peringkat Daerah Kota Belud.
Adakah anda sedang mencari kerja? atau pelajar yang berada di tahun akhir dan mahu mendapatkan pekerjaan setelah selesai belajar ?

Berita baik kepada anda kerana satu Karnival Pekerjaan akan diadakan pada Januari ini.


Pengunjung berpeluang menyertai Ceramah Kerjaya yang sedikit sebanyak boleh membantu dalam persediaan untuk mencari dan mendapatkan pekerjaan.

Klinik Resume turut diadakan pada hari tersebut bagi membantu pencari kerja dalam penyediaan Resume yang menepati piawaian dan lebih menarik.

Anda yang sedang mencari kerja juga boleh menyertai TEMUDUGA TERBUKA yang turut diadakan pada hari tersebut.





Jika anda hendak menyertai sesi Temuduga Terbuka tersebut, sila bawa salinan sijil akademik dan resume serta berpakaian kemas.

Sila bawa beberapa salinan resume jika anda hendak menyertai temuduga untuk pelbagai syarikat.

Berikut merupakan butiran lanjut mengenai Karnival Pekerjaan tersebut:-

KARNIVAL PEKERJAAN & MOBILE CTC PERINGKAT DAERAH KOTA BELUD

TEMPAT : DEWAN MASYARAKAT TUN SAID, KOTA BELUD
TARIKH : 27.01.2018

MASA: 8 PAGI - 4 PETANG






No comments:

Post a Comment