Jawatan Kosong Kerajaan | Pengawal Keselamatan, Gred KP11 - Kelayakan SRP/PMR/PT3 - Kerja Kosong Sabah

Terkini

Wednesday, November 2, 2016

Jawatan Kosong Kerajaan | Pengawal Keselamatan, Gred KP11 - Kelayakan SRP/PMR/PT3


JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN 2016
Kelayakan SRP / PMR / PT3

PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA


Tarikh Tutup : 13 November 2016


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri berikut : (i) Berketerampilan; (ii) Boleh Bekerja Secara Berpasukan ; (iii) Bakat Kepimpinan ; (iv) Jati Diri Yang Tinggi ; dan (v) Bersikap Profesional


Syarat Lantikan:


  • Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM837.00 ] atau
  • Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
    [ Gaji Permulaan : RM837.00 ] dan
  • Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
    • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
    • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
    • mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa tarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
    • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
    • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • Calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a) (i) hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

    CARA MEMOHON



    Pemohon hendaklah mengemukakan / mengemaskini permohonan secara atas talian 




    Permohonan secara online di 

    LAMAN WEB SPA (www.spa.gov.my) 



    Pendaftaran Permohonan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja.

    Calon-calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula.

    Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

    Tarikh Tutup untuk permohonan baru adalah sebelum atau pada
    13 NOVEMBER 2016 (AHAD) jam 11.59 malam.




    • Deskripsi Tugas:Pengawal Keselamatan melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).
    • Skop Fungsi Bidang Tugas Utama:Kawalan Pergerakan Pegawai Pelawat dan Pekerja Kontrak
      • Mandaftar, mengeluarkan dan memeriksa kad pas keselamatan/kad pengenalan jabatan kepada penjawat awam, pelawat dan pekerja kontrak.
      • Memeriksa semua pegawai, pelawat dan pekerja kontrak yang memasuki bangunan kerajaan memakai kad pas keselamatan/kad pengenalan jabatan pada setiap masa.
      • Melaksanakan pemeriksaan fizikal ke atas penjawat awam, pelawat, pekerja kontrak dan memeriksa kenderaan, beg-beg serta peralatan/kelengkapan yang dibawa masuk oleh mereka.

    No comments:

    Post a Comment