Jawatan Kosong LGM 2017 | Penolong Pegawai Penguatkuasa, KP29 - Kerja Kosong Sabah

Terkini

Tuesday, January 10, 2017

Jawatan Kosong LGM 2017 | Penolong Pegawai Penguatkuasa, KP29


JAWATAN KOSONG KERAJAAN JANUARI 2017
LEMBAGA GETAH MALAYSIA

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi peluang kerjaya dalam perkhidmatan Awam.
Mereka yang mempunyai ciri-ciri : i) Mempunyai Keterampilan Yang Menarik, ii) Mempunyai Semangat Yang Tinggi Bekerja Dalam Kumpulan, iii)Mempunyai Bakat Kepimpinan, iv) Mempunyai Jati Diri Yang Cemerlang, v) Mempunyai Kelayakan / Profesionalisma yang sesuai dengan jawatan:-

PEN. PEGAWAI PENGUATKUASA, GRED KP29

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KP29 : 
Kelayakan Masuk : Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 
Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

ATAU 

Kelayakan Masuk : Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 
Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

ATAU 

Kelayakan Masuk : Bekas Polis atau Bekas Tentera 
Bidang/Kelayakan Khusus : Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. 

ATAU 

Kelayakan Masuk : Diploma 
Bidang/Kelayakan Khusus : Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 

ATAU 
Kelayakan Masuk : Diploma 
Bidang/Kelayakan Khusus : Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setarafdengannya. 

ATAU 
Kelayakan Masuk : Sijil 
Bidang/Kelayakan Khusus : Syarat lantikan untuk kegunaan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia: - Sijil Veterinar/Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 

ATAU 

Kelayakan Masuk : Diploma 
Bidang/Kelayakan Khusus : Syarat lantikan untuk kegunaan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia: - Diploma dalam bidang perikanan, pertanian,hortikultur, pemakanan, teknologi makanan, kesihatan haiwan, penternakan atau sains veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 

DAN 

Syarat Lantikan Tambahan : - mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut: 
 - tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu; 
 - berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
 - mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
 - mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
 - lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
 - pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
 - diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar. 

Syarat Bahasa Melayu : Kepujian di peringkat SPM/SVM 

DAN 
Bidang Kelayakan Akademik : Bidang berkaitan 
Bidang Lain : Undang-Undang , Pertanian , Sains Veterinar , Perikanan

Tarikh Tutup : 22 JANUARI 2017 (AHAD)


CARA MEMOHON





Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.


Calon baharu yang masih belum mendaftar hendaklah 
memohon secara online melalui 
PORTAL

PERMOHONAN ONLINE


No comments:

Post a Comment