Jawatan Kosong Kerajaan | Penolong Pegawai Pertahanan Awam, KP29 - Kerja Kosong Sabah

Terkini

Wednesday, August 3, 2016

Jawatan Kosong Kerajaan | Penolong Pegawai Pertahanan Awam, KP29



JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN 2016
Kelayakan DIPLOMA
PENOLONG PEGAWAI PERTAHANAN AWAM, GRED KP29
JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA

Tarikh Tutup : 11 OGOS 2016

41 Kekosongan



  • Syarat Lantikan:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred KP29 : RM1,493.00); atau
      2. Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred KP29 : RM1,493.00);
      3. Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM 1,493.00);atau
      4. Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya..
        (Gaji permulaan ialah pada Gread KP29: RM 1,770.95).
    3. dan mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:
      1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
      2. berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
      3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
      4. mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
      5. lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
      6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
      7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(c)(i), (ii) dan (iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MEMOHON



Pemohon hendaklah mengemukakan / mengemaskini permohonan secara atas talian 


Permohonan secara online di
 LAMAN WEB SPA (www.spa.gov.my) -

41 Kekosongan 






No comments:

Post a Comment