Jawatan Kosong Kerajaan | Penolong Penguasa Penjara, KA29 - Kerja Kosong Sabah

Terkini

Wednesday, August 3, 2016

Jawatan Kosong Kerajaan | Penolong Penguasa Penjara, KA29



JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN 2016
Kelayakan DIPLOMA
PENOLONG PENGUASA PENJARA, GRED KA29
JABATAN PENJARA MALAYSIA

Tarikh Tutup : 11 OGOS 2016


42 Kekosongan



    • Syarat Lantikan:
      Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. warganegara Malaysia;
      2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
        1. Sijil Tinggi Persekolahan Malayisa atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred KA29:RM1,505.00);atau
        2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred KA29:RM 1,505.00;atau
        3. Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred KA29:RM1,782.91).
        dan
      3. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:
        1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
        2. berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
        3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
        4. mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
        5. lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
        6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
        7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
    • Syarat Bahasa Melayu
      Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MEMOHON



Pemohon hendaklah mengemukakan / mengemaskini permohonan secara atas talian 


Permohonan secara online di
 LAMAN WEB SPA (www.spa.gov.my) -

42 Kekosongan 









No comments:

Post a Comment