Pengambilan Terbuka Konstabel Polis DiRaja Malaysia | Zon Sabah 2015 - Kerja Kosong Sabah

Terkini

Tuesday, November 3, 2015

Pengambilan Terbuka Konstabel Polis DiRaja Malaysia | Zon Sabah 2015

PDRM
JAWATAN KOSONG KERAJAAN NOVEMBER 2015

POLIS DIRAJA MALAYSIA

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan mengadakan Eksesais Pengambilan bagi jawatan Konstabel Lelaki di Seluruh Malaysia.

PENGAMBILAN TERBUKA - KONSTABEL
(LELAKI)


Calon - calon yang TELAH MENDAFTAR melalui Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) boleh menghadirkan diri ke lokasi dan tarikh yang ditetapkan bagi menjalani UJIAN FIZIKAL dengan
- Berpakaian Sukan (Seluar Panjang Sukan, TShirt Berkolar dan Kasut Sukan

Kesemua Calon juga dikehendaki membawa DOKUMEN ASAL dan peralatan berikut semasa menjalani ujian:-

1. Kad Pengenalan Asal dan 1 Salinan
2. Sijil Kelahiran Asal dan 1 Salinan
3. Sijil SPM asal dan 1 salinan (Slip tidak diterima)
4. Sijil Berhenti Sekolah dan 1 Salinan
5. Surat atau lain-lain Sijil Penghargaan dan 1 salinan
6. 1 Salinan Kad Pengenalan Bapa, 1 Salinan Sijil Kelahiran Bapa atau Sijil Kematian Bapa
7. 1 Salinan Kad Pengenalan Ibu, 1 Salinan Sijil Kelahiran Ibu atau Sijil Kematian Ibu
8. 1 Keping gambar terkini calon berukuran pasport
9. Pen ball-point (Pen Dakwat Hitam), Liquid Paper serta Gam,
10. Seluar Pendek bagi Pemeriksaan Fizikal


CARA MEMOHON





Calon yang hadir WAJIB membawa segala DOKUMEN ASAL dan keperluan di atas dan berada di lokasi Ujian Fizikal pada jam 7.15 pagi.

TARIKH DAN LOKASI UJIAN FIZIKAL PENGAMBILAN JAWATAN KONSTABEL

ZON 1 - SABAH (A)
Tarikh : 5 hingga 18 November 2015
(Termasuk Sabtu dan Ahad, kecuali Jumaat dan Cuti Umum)

Tempat : IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN (IPK) SABAH

ZON 2 - SABAH (B)
Tarikh : 5 hingga 18 November 2015
(Termasuk Sabtu dan Ahad, kecuali Jumaat dan Cuti Umum)

Tempat : IBU PEJABAT POLIS DAERAH (IPD) TAWAU


NOTA:
SILA CETAK SALINAN SLIP PENDAFTARAN SPA

Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula.
Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
Calon yang telah mendaftar dengan SPA tapi tidak memilih jawatan ini sebelum ini, sila kemaskini pendaftaran anda dengan memilih jawatan ini sekiranya berminat.

Calon baharu yang masih belum mendaftar hendaklah memohon secara online melalui PORTAL SPA di www.spa.gov.my


1 comment:

  1. terbuka utk smua yg mndaftar tetapi masih menunggu jwapan di portal SPA ataupun yg suda diterima tawaran sahaja??

    ReplyDelete