Jawatan Kosong Jurulatih Sambilan | Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Sabah - Kerja Kosong Sabah

Terkini

Wednesday, January 17, 2018

Jawatan Kosong Jurulatih Sambilan | Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Sabah

IKLAN JAWATAN KOSONG JURULATIH SAMBILAN
JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA NEGERI SABAH
(KEMENTERIAN PEMBANGUNAN SUMBER DAN KEMAJUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT SABAH)

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah (JPSM) dengan sukacita mempelawa calon-calon Bumiputera Sabah yang berkelayakan dalam bidang berikut untuk mengisi kekosongan jawatan Jurulatih Sambilan di Kampus Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), JPSM Jalan Pantai Manis, Papar, Sabah.

(1) Jawatan : JURULATIH SAMBILAN

(2) Taraf Jawatan : Secara Sambilan

(3) Bayaran Elaun Mengajar : RM30.00 sejam

(4) Kekosongan :

1) Program Dandanan Rambut
- Sijil Kemahiran Malaysia- 2 kekosongan

2) Jurulatih English For Commerce - 1 kekosongan


3) Jurulatih Core Ability - 1 kekosongan

4) Program Penjaga Jentera - 1 kekosongan

Tempat Bertugas : Kampus ILTP JPSM Papar

(5) Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia.

(b) Berumur tidak kurang dari 22 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

(c) Mempunyai kelayakan seperti berikut:-

i) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia;

ii) Jawatan 1- Program Dandanan Rambut

a. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang Dandanan Rambut dengan dua (2) tahun pengalaman kerja; atau Diploma Kemahiran Malaysia dengan dua (2) tahun pengalaman kerja;
b. Memiliki Sijil Vocational Training Officer (VTO); dan
c. Memiliki Sijil Induksi Pentauliahan PP / PPD / PPB

iii) Jawatan 2 - Jurulatih English For Commerce

a. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah pengkhususan dalam Bahasa Inggeris (TESL) atau setaraf dengannya dan 2 (dua) tahun pengalaman kerja


iv) Jawatan 3 - Jurulatih Core Ability

a. Lulus SPM
b. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia; atau Diploma Human Resource dengan dua (2) tahun pengalaman kerja

v) Jawatan 4 - Program Penjaga Jentera

a. Lulus SPM
b. Sijil Penjaga Jentera A1 dengan dua (2) tahun pengalaman kerja

CARA MEMOHON




(a) Calon-calon yang berminat dan memiliki syarat-syarat kelayakan boleh mendapatkan Borang Permohonan Jawatan Jurulatih Sambilan dari JPSM di Tingkat 5, Wisma Bandaraya pada 03 hingga 20 Januari 2018.


Calon-calon hendaklah memastikan borang diisi dengan lengkap dan menyertakan dokumen seperti berikut:

- Sekeping gambar baharuberukuran pasport;
- Salinan sijil kelahiran;
- Salinan kad pengenalan;
- (Jawatan 1) Salinan Sijil SPM & Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, 2, 3 dan 4 atau Diploma Kemahiran Malaysia, Salinan Sijil Vocational Training Officer (VTO), Salinan Sijil Induksi Pentaulihan PP / PPD / PPB;
- (Jawatan 2) Salinan Sijil SPM & Ijazah
- Lain-lain Sijil / Dokumen yang berkaitan.

(c) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus ke

Jabatan Pembangunan Sumber
Manusia Negeri Sabah, Tingkat 5,
Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu
(u.p: Puan Norly Bandara)


sebelum atau pada 22 Januari 2018.




Catatan AM
(a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

(b) Pemohon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh Tiga (3) bulan selepas temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(c) Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah tidak akan bertanggungjawab ke atas semua perbelanjaan dan risiko semasa menghadiri temuduga.

Pengarah
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM)
Kementerian Pembangunan Sumber & Kemajuan Teknologi Maklumat
Tingkat 4, 5 & 7, Wisma Bandaraya
Beg Berkunci 198
88000 Kota Kinabalu
SABAH
Tel: 088 218723 / 218730 / 224607

No comments:

Post a Comment