JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2017
MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
Majlis Amanah rakyat dengan ini mempelawa Warganegara yang mempunyai ciri-ciri modal insan yang berkompetensi , berkelayakan, berwawasan, berfikiran dinamik, berkomunikasi dengan baik, berkeyakinan diri yang tinggi dan boleh menyumbang ke arah kecemerlangan MARA untuk mengisi kekosongan jawatan secara perkhidmatan KONTRAK seperti yang diterangkan di bawah :-
Jawatan : PEMBANTU OPERASI, GRED N11
Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM 1,216.00 - RM 2,983.00
Penempatan : MRSM SEMPORNA
Syarat Kelayakan:
1. Calon lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
a)
(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau Kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred N11 : RM 1,216.00); atau
ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau Kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki Lesen Memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan]; dan
(Gaji Permulaan ialah pAda Gred N11 : RM 1,262.15); atau
(iii) Lulus lima (5) mata pelaharan termasuk Bahasa Melayu dengan satu (1) mata pelajaran adalah peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus ; dan
(iv) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujia (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
CARA MEMOHON :
2. Salinan kad pengenalan, surat beranak dan sijil-sijil kelulusan yang disahkan dan lain-lain keterangan peribadi (RESUME) hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri temuduga.
3. Hanya permohonan yang dibuat melalui laman web (link di atas) sahaja yang akan diterima. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mematuhi peraturan yang dinyatakan akan ditolak
4. Tarikh Tutup Permohonan Iklan Jawatan ini ialah 3 Disember 2017
Cara Pelaksanaan
1. Setiap permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan
2. Adalah ditegaskan bahawa hanya pemohon-pemohon yang melepasi saringan sahaja yang akan dipanggil temuduga
3. Calon-calon yang bersedia untuk ditempatkan berkhidmat dimana-mana Pusat Pentadbiran MARA sahaja akan dipertimbangkan untuk lantikan ke jawatan berkenaan.
4. Pemohon-pemohon yang berjaya dalam temuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa enam (6) bulan dari tarikh temuduga hendaklah mengganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya
No comments:
Post a Comment