Jawatan Kosong MARA | Pemandu Kenderaan, Gred H11 - Kerja Kosong Sabah

Terkini

Tuesday, November 21, 2017

Jawatan Kosong MARA | Pemandu Kenderaan, Gred H11

JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2017
MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

Majlis Amanah rakyat dengan ini mempelawa Warganegara yang mempunyai ciri-ciri modal insan yang berkompetensi , berkelayakan, berwawasan, berfikiran dinamik, berkomunikasi dengan baik, berkeyakinan diri yang tinggi dan boleh menyumbang ke arah kecemerlangan MARA untuk mengisi kekosongan jawatan secara perkhidmatan KONTRAK seperti yang diterangkan di bawah :-

Jawatan : PEMANDU KENDERAAN, GRED H11

Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM 1,218.00 - RM 2,939.00

Penempatan : MRSM SEMPORNA


Syarat Kelayakan:
1. Calon lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a) 

(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau Kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.

(ii) Lesen Memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan]; dan


(iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.


Gaji Permulaan Gred H11 ditetapkan mengkut kelas Lesen Memandu:
-Lesen D            : RM 1,264.15

-Lesen E/E1/E2 : RM 1,310.30
-Lesen F/H        : RM 1,356.45
-Lesen G/I         : RM 1,402.60

(iv) Lulus lima (5) mata pelaharan termasuk Bahasa Melayu dengan satu (1) mata pelajaran adalah peringkat Kepujian dan selebihnya peringakt Lulus ; dan

(v) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujia (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


CARA MEMOHON :





1. Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE sahaja melalui link dibawah


2. Salinan kad pengenalan, surat beranak dan sijil-sijil kelulusan yang disahkan dan lain-lain keterangan peribadi (RESUME) hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri temuduga.


3. Hanya permohonan yang dibuat melalui laman web (link di atas) sahaja yang akan diterima. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mematuhi peraturan yang dinyatakan akan ditolak

4. Tarikh Tutup Permohonan Iklan Jawatan ini ialah 3 Disember 2017


Cara Pelaksanaan

1. Setiap permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan

2. Adalah ditegaskan bahawa hanya pemohon-pemohon yang melepasi saringan sahaja yang akan dipanggil temuduga

3. Calon-calon yang bersedia untuk ditempatkan berkhidmat dimana-mana Pusat Pentadbiran MARA sahaja akan dipertimbangkan untuk lantikan ke jawatan berkenaan.

4. Pemohon-pemohon yang berjaya dalam temuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa enam (6) bulan dari tarikh temuduga hendaklah mengganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya






No comments:

Post a Comment