Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 - JAKIM - Kerja Kosong Sabah

Terkini

Wednesday, December 13, 2017

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 - JAKIM

MAKLUMAT KERJA KOSONG

Jika anda, seorang warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan bagi jawatan ini dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Anda adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan seperti yang diiklankan :-

NAMA MAJIKAN : JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA, JAKIM
LOKASI KEKOSONGAN : SARAWAK
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 18 DISEMBER 2017

MAKLUMAT JAWATAN:

Jawatan kosong terkini bagi bulan Disember yang diiklankan adalah seperti berikut:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

Taraf jawatan : Contract Of Services

Sekiranya anda berminat untuk mengisi kekosongan jawatan terbaru ini, sial pastikan anda mengikuti langkah memohon kerja kosong terkini seperti butiran yang di bawah.

KEPERLUAN DAN KELAYAKAN :

Berikut merupakan syarat dan keperluan untuk mengisi kekosongan jawatan baru ini. Sila pastikan anda memenuhi syarat keperluan dan kelayakan di bawah agar permohonan anda tidak ditolak.
1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Berkelulusan:

i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

4. Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB


Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan
seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/ dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik
serta penyediaan.

CARA MEMOHON



Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan dan keperluan jawatan seperti di atas, adalah dipelawa untuk menghantar permohonan anda dengan mengemukaka resue serta salinan sijil melalui pos ke alamat berikut :
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 6, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya
No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman
Presint 3, 62100 PUTRAJAYA
**(Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat.)





No comments:

Post a Comment