Jawatan Kosong Kerajaan | Pembantu Tadbir (P/O), Gred N19 - RISDA - Kerja Kosong Sabah

Terkini

Monday, December 18, 2017

Jawatan Kosong Kerajaan | Pembantu Tadbir (P/O), Gred N19 - RISDA

Kerja Kosong RISDA Disember 2017
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)

MAKLUMAT KERJA KOSONG

Jika anda, seorang warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan bagi jawatan ini dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Anda adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di RISDA seperti yang diiklankan :-

NAMA MAJIKAN : Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
LOKASI KEKOSONGAN : Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 26 DISEMBER 2017

MAKLUMAT JAWATAN:

Jawatan kosong terkini bagi bulan Disember yang diiklankan adalah seperti berikut:

1. PEMBANTU TADBIR ( PERKERANIAN / OPERASI ), GRED N19


Taraf jawatan : Kontrak

Sekiranya anda berminat untuk mengisi kekosongan jawatan terbaru ini, sila pastikan anda mengikuti langkah memohon kerja kosong terkini seperti butiran yang di bawah.

KEPERLUAN DAN KELAYAKAN :

Berikut merupakan syarat dan keperluan untuk mengisi kekosongan jawatan baru ini. Sila pastikan anda memenuhi syarat keperluan dan kelayakan di bawah agar permohonan anda tidak ditolak.

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Berkelulusan:

i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

4. Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :

(i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 ( c ); atau

(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
had umur pelantikan

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan
seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/ dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik
serta penyediaan.

CARA MEMOHON



Permohonan hendaklah dibuat SECARA ONLINE SAHAJA melalui


PERHATIAN KEPADA PEMOHON

Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan dan Badan-Badan Berkanun dikehendaki membawa surat pelepasan dari Ketua Jabatan masing-masing ketika menghadiri temuduga;


Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak;

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga;

Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam ( 6 ) bulan dari tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya



No comments:

Post a Comment