Jawatan Kosong Kerajaan | Juruterapi Pergigian, Gred U38 - UITM - Kerja Kosong Sabah

Terkini

Wednesday, November 1, 2017

Jawatan Kosong Kerajaan | Juruterapi Pergigian, Gred U38 - UITM

JAWATAN KOSONG KERAJAAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/Kontrak di Kampus Shah Alam dan Kampus Cawangan untuk jawatan yang berikut :-

Jawatan : JURUTERAPI PERGIGIAN, GRED U38

SYARAT DAN KELAYAKAN:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) ((i) Diploma dalam bidang kejururawatan pergigian atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya(Gaji permulaan ialah pada Gred U38: RM4,418.00);
dan

(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2. Juruterapi Pergigian Gred U36 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruterapi Pergigian Gred U38 yang kosong apabila telah;
(a) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) Memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(c) Diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

Tempoh Pengalaman
Mempunyai tempoh pengalaman berkaitan sekurang-kurangnya dua belas (12) tahun pengalaman dalam bidang berkaitan



CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN


a. Bukan Staf UiTM
i) Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di

http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/

dan membuat permohonan secara dalam talian (“ON-LINE”) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.

ii) Pemohon dikehendaki membeli nombor pin melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 1 November 2017 hingga 15 November 2017 dengan menggunakan nombor kad pengenalan sahaja di kaunter cawangan BSN (RM10.00).

iii) Sila nyatakan ‘Jawatan Pentadbiran’ semasa pembelian nombor pin di kaunter BSN.

b. Staf UiTM sahaja
Permohonan daripada Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara di mana pelantikan dibuat melalui Bahagian Pengurusan Perjawatan UiTM, hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi dalam talian (“ON-LINE”) melalui Portal IStaf

-> eProses & Sistem Sokongan -> ePengambilan Staf.

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari 15 November 2017 (Rabu).

Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada :

BAHAGIAN PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN STAF
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
NO.TEL : (03) 5544 3005 / 3007 / 3085 / 3090 / 3093
(03) 5521 1028 / 1314

EMAIL : bpps@salam.uitm.edu.my



No comments:

Post a Comment