Jawatan Kosong Kerajaan | Pegawai Undang-Undang, Gred LS 41 - Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) - Kerja Kosong Sabah

Terkini

Tuesday, October 31, 2017

Jawatan Kosong Kerajaan | Pegawai Undang-Undang, Gred LS 41 - Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

Kekosongan Jawatan
MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berasal dari Sabah yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan seperti berikut :-

Jawatan : PEGAWAI UNDANG-UNDANG, GRED LS41

Klasifikasi Perkhidmatan : Perundangan Dan Kehakiman

Kumpulan Perkhidmatan : Kumpulan Pengurusan Dan Profesional

Taraf Lantikan : Sementara

Jadual Gaji: Gred LS41: RM 2,418.00 - RM 9,607.00

Kenaikan Tahunan : RM 225.00

Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) Warganegara Malaysia
b) Berumur antara 25 tahun hingga 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c) Mempunyai kelayakan akademik;-
(i) Ijazah Sarjana Muda Syriah Undang-Undang ang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Lulus Peperiksaan Akhir Peguam Bar (Bar Final Examination)
(iii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian Syariah atau Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah serta Diploma Lanjutan Undang-Undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam yang diiktiraf setaraf dengannya.
d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C ) dalam subjek Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktriraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kelayakan Tambahan :
Calon-calon hendaklah :-
a) Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang yang berkaitan;
b) Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai latar belakang dan pengalaman dalam bidang undang-undang sivil;
c) Fasih bertutur serta menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta boleh menguasai Bahasa Arab

Ringkasan Tugas :
Bertanggungjawab menjalankan tugas perundangan dalam aspek pendakwaan, perbicaraan dan rayuan, nasihat perundangan, penggubalan undang-undang, penyemakan dan pembaharuan undang-undang serta guaman

CARA MEMOHON



a) Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan kepada alamat berikut :-

SETIAUSAHA
MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH (MUIS)
TINGKAT 5, BLOK A, WISMA MUIS
PETI SURAT NO. 11666
88818 KOTA KINABALU

b) Permohonan yang lewat atau tidak menurut peraturan di atas akan ditolak

Tarikh Tutup Permohonan jawatan in iadalah pada 14hb November 2017 (Selasa)

Catatan Am :
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.

Nota Ringkas :
Visi dan Misi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

Visi MUIS

Untuk Menjadi Sebuah Organisasi Unggul Dalam Merangka Dasar Mengenai Hal Ehwal Dan Pentadbiran Agama Islam Di Negeri Sabah.

Misi MUIS
Menyatukan Potensi Umat Islam Ke Arah Pemantapan Aqidah, Dakwah, Tarbiyah, Syariah, Muamalah Dan Kebudayaan Melalui Pengurusan Cemerlang Untuk Mengangkat Martabat Ummah Dunia Dan Akhirat.



No comments:

Post a Comment