Jawatan Kosong LGM 2017 | Pengawal Keselamatan, Gred KP11 - Kerja Kosong Sabah

Terkini

Tuesday, January 10, 2017

Jawatan Kosong LGM 2017 | Pengawal Keselamatan, Gred KP11


JAWATAN KOSONG KERAJAAN JANUARI 2017
LEMBAGA GETAH MALAYSIA

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi peluang kerjaya dalam perkhidmatan Awam.
Mereka yang mempunyai ciri-ciri : i) Mempunyai Keterampilan Yang Menarik, ii) Mempunyai Semangat Yang Tinggi Bekerja Dalam Kumpulan, iii)Mempunyai Bakat Kepimpinan, iv) Mempunyai Jati Diri Yang Cemerlang, v) Mempunyai Kelayakan / Profesionalisma yang sesuai dengan jawatan:-

PENGAWAL KESELAMATAN, GRED KP11

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KP11 : 
Kelayakan Masuk : Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) 
Bidang/Kelayakan Khusus : Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

ATAU 

Kelayakan Masuk : Bekas Polis atau Bekas Tentera 
Bidang/Kelayakan Khusus : Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. 

DAN 
Syarat Lantikan Tambahan : 
 - Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut: 
 - Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
 - Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
 - Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
 - Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
 - Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
 - Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan 
 - Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar. 

Syarat Bahasa Melayu : Kepujian di peringkat PT3/PMR 

Tarikh Tutup : 22 JANUARI 2017 (AHAD)


CARA MEMOHON





Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.


Calon baharu yang masih belum mendaftar hendaklah 
memohon secara online melalui 
PORTAL

PERMOHONAN ONLINE


No comments:

Post a Comment