Jawatan Kosong Di JPA | Pembantu Tadbir (P/O) , Gred N19 - Kelayakan SPM - Kerja Kosong Sabah

Terkini

Monday, October 17, 2016

Jawatan Kosong Di JPA | Pembantu Tadbir (P/O) , Gred N19 - Kelayakan SPM


JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN 2016
Kelayakan Siji Pelajaran Malaysia (SPM)


PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM JPA

Tarikh Tutup : 23 Oktober 2016


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri berikut : (i) Berketerampilan; (ii) Boleh Bekerja Secara Berpasukan ; (iii) Bakat Kepimpinan ; (iv) Jati Diri Yang Tinggi ; dan (v) Bersikap Profesional

Syarat Lantikan:


  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    • warganegara Malaysia;
    • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    CARA MEMOHON



    Pemohon hendaklah mengemukakan / mengemaskini permohonan secara atas talian 




    Permohonan secara online di 

    LAMAN WEB SPA (www.spa.gov.my) 



    Pendaftaran Permohonan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja.

    Calon-calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula.

    Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

    Tarikh Tutup untuk permohonan baru adalah sebelum atau pada
    23 OKTOBER 2016 (AHAD) jam 11.59 malam.









      No comments:

      Post a Comment