Temuduga Terbuka : Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki / Wanita Tentera Darat Malaysia - Kerja Kosong Sabah

Terkini

Wednesday, July 27, 2016

Temuduga Terbuka : Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki / Wanita Tentera Darat Malaysia


JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN 2016

Tentera Darat DiRaja Malaysia

Tentera Darat Malaysia (TDM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD. Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Akhir Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD. Seterusnya calon yang berjaya akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan. Syarat-syarat lantikan adalah seperti berikut:


1. KELAYAKAN AKADEMIK
* Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Lulus dalam subjek tertentu. Pernyataan Keputusan tidak diterima. (Calon SPM 2013 ke atas wajib Lulus subjek Sejarah).

* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 ke atas dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM.

* Diploma dalam bidang Kejuruteraan/ Pem Peg Perubatan/ Jururawat Terlatih diiktiraf KKM/ Juruteknologi Pergigian/ Jururawat Pergigian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM.

 * Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma Pelbagai Bidang (selain bidang tersebut di atas) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM – dipertimbangkan kemasukan melalui Skim SPM.

Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT):

* Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat Prinsipal dalam Subjek Syariah/Usuluddin/Bahasa Arab pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM. atau

* Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM. atau

* Diploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran/ Pengajian Islam yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus B

SILA RUJUK LAIN-LAIN SYARAT KELAYAKAN DI BAWAH


CARA MEMOHON




Sila hadir dengan berpakaian kemas iaitu baju berkolar, seluar slack, berkasut serta sarung kaki di pusat-pusat pemilihan yang tercatat di bawah:

Masa Pendaftaran: 8.00 pagi
11 OGOS 2016 (KHAMIS):
Sandakan 22 RAMD Kem Sri Kinabatangan 90000 SANDAKAN

13 OGOS 2016 (SABTU) :
Kota Kinabalu MSS Lok Kawi 89580 KOTA KINABALU
15 OGOS 2016 (ISNIN) :
Bn 1 Rej 507 (AW), Kem Paradise 89150 KOTA BELUD


17 OGOS 2016 (RABU)  :
Tawau Rej 516 AW, Kem Kukusan 91000 TAWAU



Pemohon dikehendaki membawa bersama dokumen asal dan salinan dokumen seperti berikut:
* Kad Pengenalan.
* Sijil Kelahiran.
* Sijil SPM.
* Slip Peperiksaan SPM (bagi calon yang menduduki SPM 2015 sahaja).
* Sijil SKM Tahap 2 dan ke atas.
* Diploma dan Transkrip (IPTS terlibat hendaklah mempunyai Malaysian Qualification Agency (MQA)/ Agensi Kelayakan Malaysia.
* Dip Kejururawatan – Wajib lulus peperiksaan dan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia - sertakan bersama Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Jururawat Malaysia.
* Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
* Sijil Berhenti Sekolah.
* Salinan Kad Pengenalan ibu bapa atau Sijil Kematian bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia berserta tambahan salinan kad pengenalan ahli keluarga terdekat untuk dijadikan waris kedua.
* Surat Nikah/Sijil Pendaftaran Perkahwinan dan Sijil Daftar Kelahiran Anak.
* Sekeping gambar terkini berukuran passport.
* Sila bawa bersama ball pen hitam.
* Sampul Surat Pos Ekspres (Pos Malaysia – berharga RM3.00) – saiz sampul 220mm x 110mm. 


LAIN-LAIN KELAYAKAN 
* Warganegara Malaysia. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun, calon KAGAT berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh angkat sumpah.

* Taraf Perkahwinan. Bujang/Kahwin/Duda dan tidak pernah berkahwin bagi wanita sahaja.

* Kes Polis/Mahkamah. Pemohon mestilah bebas dari sebarang kes jenayah/dadah/juvana.

* Taraf Kesihatan. Tahap penglihatan ialah 6/6 tanpa kaca mata dan kanta lekap.

Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh (DKT – Forward Employment (FE) iaitu boleh diatur gerak untuk semua tugas-tugas pertempuran di Barisan Hadapan.

* Kriteria Pemilihan. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada merit kelayakan akademik, ujian fizikal, ujian bertulis (IQ dan Psikologi) serta ujian kecergasan. Keutamaan kepada yang berkebolehan dalam bidang sukan, bermain alat muzik, pancaragam serta lain-lain kemahiran sekurang-kurangnya pernah mewakili daerah.

* Syarat Minima Ukuran Fizikal:
  Tinggi : 1.62m 
  Berat 47.5kg 
  BMI (Berat Tinggi Tinggi) = 18-26.9 
    Ukuran Dada Biasa (Lelaki) 76sm
    Ukuran Dada Kembang (Lelaki) 81sm

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia
Markas Tentera Darat 2 Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
Tel: 03-2071 3807/4254/4523/4258

atau Layari Laman

Web: http://army.mod.gov.my

BUTIRAN PENUH IKLAN

No comments:

Post a Comment