Jawatan Kosong | Pegawai Bomba, Gred KB17 - Kerja Kosong Sabah

Terkini

Saturday, March 26, 2016

Jawatan Kosong | Pegawai Bomba, Gred KB17

logo-BOMBA
JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN 2016
Kelayakan SPM
Pegawai Bomba, KB17
286 Kekosongan
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Tarikh Tutup : 10 APRIL 2016
Syarat Lantikan :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
-tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
-berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
-mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
-lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
-pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
-diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
(e) lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan seperti berikut:
-mengangkat berat seberat 54kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
-menjulang dan menegakkan tangga Ajax;
-menaiki tangga penyelamat 16.5m; dan
-memanjat tali.
(f) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON



Pemohon hendaklah mengemukakan / mengemaskini permohonan secara atas talian 

Permohonan secara online di – LAMAN WEB SPA (www.spa.gov.my)





No comments:

Post a Comment