Jawatan Kosong Pembantu Penyediaan Makan, N17 | Hospital Kuala Penyu - Kerja Kosong Sabah

Terkini

Thursday, October 15, 2015

Jawatan Kosong Pembantu Penyediaan Makan, N17 | Hospital Kuala Penyu


JAWATAN KOSONG KERAJAAN TERKINI DI SABAH 2015
HOSPITAL KUALA PENYU

Hospital Kuala Penyu dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan yang berikut:

PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN, N17

Kekosongan : 3 orang
Tempoh :
3 - 6 bulan
Taraf Perkhidmatan :
Pekerja Sambilan Harian
Gaji :
RM 54 Sehari

SYARAT LANTIKAN :
Pemohon hendaklah memiliki kelayakan seperti yang berikut:


1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan
3. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dan Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( Termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
4. Gaji : Gaji dibayar pada gred N17 : RM 54 /sehari. Elaun Wilayah dan Elaun Khidmat Awam sahaja.
CARA MEMOHON





Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan KKM.SM-1/99.PIN.1/2001


Borang dan syarat-syarat terperinci boleh diperoleh dengan melayari laman di bawah


Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada: 

PENGARAH
HOSPITAL KUALA PENYU

WDT 35, 89747 KUALA PENYU
(U.P : EN.MOHD IHSAN BIN REEDZAL)

HANTAR SEBELUM 23 OKTOBER 2015


Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan satu salinan fotostat sijil dan dokumen berikut yang diakui sah:-
a. Kad Pengenalan
b. Sijil Kelahiran
c. Sijil Tamat Persekolahan Peringkat Menengah dan;
d. Sijil Pelajaran Malaysia / Keutamaan kepada calon yang lulus subjek Ekonomi Rumah Tangga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
e. Lain-lain sijil yang berkaitan dengan Sajian dan Pemakanan


No comments:

Post a Comment