PERMOHONAN PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA LELAKI SIRI 193/2020
ADAKAH ANDA BERANI & BERMINAT
PELUANG KERJAYA DALAM TENTERA DARAT TERBUKA KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA (LELAKI) YANG BERKELAYAKAN DAN MENEPATI SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN DAN BERMINAT DI DALAM PROFESION KETENTERAAN
SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK (LELAKI)
1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. LULUS subjek Bahasa Melayu dan LULUS Sejarah. Penyataan keputusan tidak di terima. Slip Keputusan SPM tahun 2019 sahaja diterima,atau;
2. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan LULUS subjek Bahasa Melayu kod 1104 dan salah satu subjek berikut : Matematik atau salah satu subjek Sains atau Bahasa Inggeris (Dipaparkan Dalam Transkrip). Penyataan keputusan tidak diterima.atau;
LAIN-LAIN KELAYAKAN
1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
2. Umur Tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh angkat sumpah di PUSASDA pada 26 Mac 2021.
3. Taraf Perkahwinan Lelaki Bujang/ Kahwin/Duda.
4. Pemohon mestilah bebas dari sebarang kes jenayah/dadah/juvana (Tapisan Keselamatan akan dibuat oleh Sel Pengambilan).
5. Pemohon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh – Forward Employment (FE) semasa Pemilihan Akhir.
6. Sesi Pemilihan Awal secara atas talian.
7. Sesi Pemilihan Akhir ditawarkan bagi calon yang lulus sesi Pemilihan Awal melalui panggilan e-mail.
8. Kriteria Tambahan: Keutamaan akan diberikan kepada yang berkebolehan seperti berikut:
a. Sukan mewakili peringkat negeri dan ke atas.
b. Berkebolehan bermain alat muzik dan pancaragam yang diiktiraf.
c. Penguasaan bahasa asing.
d. Mahir berenang.
9. Taraf Kesihatan (kriteria Asas):
a. Tinggi Minimum : 1.62m (lelaki).
b.Berat Minimum: 47.5 kg (lelaki).
c. Beza Ukuran Dada Pernafasan : 5 cm (lelaki).
d. Body Mass Index (BMI): 18.0 hingga 26.9.
e. Mata: Mestilah mempunyai tahap penglihatan yang baik tanpa kaca mata dan kanta lekap.
CARA MEMOHON
Klik Untuk Memohon
Sila lengkapkan Permohonan secara dalam talian (Online) melalui borang yang disediakan di pautan (link) di bawah. Sila isi butiran dalam link di bawah dengan lengkap. Kepada semua calon dikehendaki mengisi dengan HURUF BESAR.
Sebelum anda 'HANTAR/SUBMIT' permohonan ini, sila semak semula maklumat yang diisi adalah betul.
Tarikh Buka Iklan Permohonan Perajurit Muda : 18 Jun 2020
Tarikh Tutup Iklan Permohonan Perajurit Muda: 18 Jul 2020.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
1. Pemohon dikehendaki MUAT NAIK (Upload) dokumen yang diperlukan seperti berikut:
a. Kad Pengenalan.
b. Sijil Kelahiran.
c. Sijil SPM/STPM/STAM/SKM.
d. Slip Peperiksaan SPM bagi calon yang menduduki SPM 2019 sahaja.
e. Sijil SVM bersama transkrip.
f. Diploma dan Transkrip (IPTS) terlibat hendaklah mempunyai Malaysian Qualification Agency (MQA)/ Agensi Kelayakan Malaysia.
g. Dip Kejururawatan – Wajib lulus peperiksaan dan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia - sertakan bersama Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Jururawat Malaysia.
h. Sijil Berhenti Sekolah.
i. Sijil penglibatan dan pengiktirafan sukan dan muzik (Kriteria Tambahan).
j. Kad Pengenalan ibu bapa.
k. Sijil Kematian bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia berserta tambahan salinan kad pengenalan ahli keluarga terdekat untuk dijadikan waris kedua.
l. Surat Nikah/Sijil Pendaftaran Perkahwinan dan salinan Sijil Daftar Kelahiran Anak (Bagi Yang Berkahwin).
m. Gambar terkini berukuran passport.
n. Pemohon mestilah mempunyai email persendirian (gmail/hotmail/yahoo dan lain-lain).
Untuk makluman, hanya calon yang benar-benar layak dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) sahaja akan dipanggil menghadiri sesi Pemilihan Akhir.
Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi pihak kami (Sel Pengambilan Tentera Darat) seperti berikut:
Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi pihak kami (Sel Pengambilan Tentera Darat) seperti berikut:
Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat
Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat
Cawangan Sumber Manusia
Markas Tentera Darat 2
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
Cawangan Sumber Manusia
(Tel: 03-2071 4254/4258/2197/2188/6030/4653)
(Tel: 03-2071 4254/4258/2197/2188/6030/4653)
Add tarikh Dan lokasi tak
ReplyDelete