BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
BERNAMA, agensi berita nasional Malaysia dan peneraju dalam perkhidmatan berita dan maklumat mempelawa calon warganegara Malaysia yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
PEMBERITA KADET
KELAYAKAN:
Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda Kewartawanan / Komunikasi Massa dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik;
Mempunyai pengalaman di dalam bidang kewartawanan adalah satu kelebihan;
Graduan baharu digalakkan memohon.
CARA MEMOHON
Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap (resume) dengan menyatakan butir-butir peribadi, kelayakan akademik (sila sertakan salinan sijil), pengalaman bekerja, gaji sekarang dan gaji yang dipohon, nombor telefon yang boleh dihubungi, gambar berukuran pasport dan salinan Kad Pengenalan pada atau sebelum Jumaat, 15 Disember 2017 ke alamat berikut:
Pengurus Sumber Manusia
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Tingkat 13 Wisma BERNAMA
No, 28 Jalan 1/65A
Off Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR
(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)
No comments:
Post a Comment