Kelayakan SPM
JURUFOTOGRAFI, GRED B19
KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA
Tarikh Tutup : 14 OGOS 2016
9 Kekosongan
9 Kekosongan
SYARAT LANTIKAN : | |
1. | Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti berikut: |
(a) | warganegara Malaysia; |
(b) | berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan |
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B19 | |
(c) | |
(i) | mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang fotografi dan/atau kamera filem serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau |
(ii) | Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau |
(iii) | Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,418.12); atau |
(iv) | Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,476.24). |
CARA MEMOHON
Pemohon hendaklah mengemukakan / mengemaskini permohonan secara atas talian
No comments:
Post a Comment