JAWATAN KOSONG KERAJAAN TERKINI DI SABAH OGOS 2015
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | KAMPUS LABUAN
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | KAMPUS LABUAN
JAWATAN
PEGAWAI KEWANGAN GRED W41
Tarikh Tutup : 21 Ogos 2015
SYARAT-SYARAT LANTIKAN:
- Warganegara Malaysia.
- (i) Ijazah sarjana muda dalam bidang perdagangan atau pengajian perniagaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya [Gaji permulaan RM1,925.00]; atau
- (ii) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang perdagangan atau pengajian perniagaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya [Gaji permulaan RM2,131.73]; atau
- (iii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;[Gaji permulaan RM2,650.63] atau
- (iv) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan [Gaji permulaan RM2,650.63]; atau
- (v) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan [Gaji Permulaan RM2,754.41]; atau
- (vi) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia [Gaji Permulaan RM2,754.41]; dan
- (vii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
CARA MEMOHON;
Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan secara 'online'.
Sila layari laman web
http://ejobs.ums.edu.my
Pemohon-pemohon yang disenarai pendek akan dijemput ke sesi pemilihan bagi tujuan untuk menentukan kesesuaian mereka dengan jawatan yang dipohon.
Sekiranya permohonan tidak dijawab dalam masa 2 (dua) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.
No comments:
Post a Comment