Skim Latihan Perantis Ketukangan (SLPK) Sabah Electricity Sdn Bhd
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pad atarikh iklan ini disiarkan untuk mengikuti latihan denga nSabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di bawah Skim latihan Perantis Ketukangan (SLPK) SESB.
Terma dan syarat-syarat latihan adalah seperti berikut:-
1.1 KELAYAKAN
Calon-calon yang layak memohon ialah mereka yang memiliki Sijil kemahiran malaysia (SKM) Tahap II dalam bidang Elektrik dari:-
(i) Institut Latihan perindustrian (ILP)
(ii) Institut Kemahiran belia Negara (IKBN)
(iii) Institut Kemahiran MARA (IKM) atau mana-mana institusi yang setaraf dengannya
dan
(iv) LULUS dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
1.2 KEUTAMAAN
Keutamaan akan diberikan kepada calon ELEKTRIK yang memilik isjil perakuan Kekompetenan daripada Suruhanjya Tenaga dalam bidang Elektrikal khusunya Penjaga Jentera Elektrik
1.3 TEMPOH LATIHAN
Tempoh latihan adalah selama 9 Bulan termasuk Latihan Dalam Kerja ( OJT )
1.4 TEMPAT LATIHAN
Tempat latihan teori adalah di Institusi Latihan Perindustrian Kota Kinabalu dan penempatan Latihan Dalam Kerja (On Job Training) adalah di kawasan / stesen SESB seluruh negeri Sabah dan W.P Labuan
1.5 ELAUN SEMASA LATIHAN
Elaun Latihan = RM 300.00 Sebulan
(Selama 9 bulan sepanjang mengikuti program ini dan ianya tertakluk kepada perubahan)
1.6 LAIN-LAIN KOS TERLIBAT
Kos yuran. kos perubatan, peralatan latihan, Insuran berkelompok, pakaian seragam, kasut keselamatan, penginapan dan makan minum pelatih akan DITANGGUNG oleh pihak SESB
1.7 IKATAN TAMAT LATIHAN
Pelatih adalah dikehendaki bertugas selama tempoh 3 tahun selepas menamatkan latihan jika ditawarkan atau diserap ke jawatan tetap
1.8 PERMOHONAN
JABATAN LATIHAN DAN PEMBANGUNAN
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
TINGKAT 3, WISMA SESB
SABAH ELECTRICITY SDN BHD, KOTA KINABALU
Borang Permohonan yang telah lengkap diisi berserta dengan
a) Sekeping Gambar Berukuran Passport (t.k)
b) Sampul Surat Bersetem dan beralamat sendiri
c) Salinan Sijil Kelayakan (DIAKUI SAH)
d) Salinan Dokumen berkaitan (DIAKUI SAH)
Hendaklah dihantar sebelum atau pada 6 Julai 2015 kepada
PENGURUS BESAR (SUMBER MANUSIA)
SABAH ELECTRCITY SDN BHD, TINGKAT 3
WISMA SESB, JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN
88673 KOTA KINABALU, SABAH
(U.P) JABATAN LATIHAN DAN PEMBANGUNAN
Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
Calon-calon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tersebut adalah tidak berjaya
No.Rujukan : SESB/BSM?JLP/104/300/Q6 bth 29062015
Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
Calon-calon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tersebut adalah tidak berjaya
No.Rujukan : SESB/BSM?JLP/104/300/Q6 bth 29062015
No comments:
Post a Comment